19 June 2008

Bermula lah kehidupanku sebagai agen MHS@agen MPP (^_^)

salam inspirasi..salam ukhwah..salam perjuangan

Bermula hari ini aku akan memikul satu amanah yang dirasakan agak berat..sebagai agen MHS atau lebih tepat agen MPP. Aku ditugaskan sebagai pemantau KDSE (Kolej Datin Seri Endon). Malam tadi diadakan satu perjumpaan di antara MPP dan agen MHS untuk semua kolej. Ini merupakan pengalaman pertamaku sebagai agen MHS di UTM sebelum ni aku pernah menjadi agen MHS di UiTM Perak (lebih d'kenali pembantu minggu mesra siswa).

Cabaran yang akan ku tempuhi mungkin lebih mencabar..satu yang menarik tentang agen MHS KDSE ialah kami semuanya perempuan dan bilangan yang paling sedikit berbanding agen kolej lain (19 org termasuk aku MPP). "Sikit tidak bererti lemah"..InsyaAllah aku akan bantu KDSE sepanjang MHS berlangsung.

Kepada rakan-rakan seperjuangan (Agen MHS) selamat bergempur!! Kita merupakan muka depan UTM yang akan menyambut dan mengalu-alukan kedatangan MAHASISWA baru yang mana mereka ini bakal pemimpin generasi akan datang dan juga AGEN PERUBAHAN MASYARAKAT. Bila bercakap tentang perubahan masyarakat, MAHASISWA perlulah berperanan lebih nyata dan menjana minda kelas pertama dengan jati diri islam diterapkan dalam diri, paling tidak menjadi pendokong kepada perkara yang membawa perubahan ke arah yang lebih baik.

Marilah kita bersama-sama mewujudkan biah solehah di UTM...InsyaAllah MHS kali ini merupakan MHS yang diredhai Allah bukannya MHS yang dimurkai..Na'uzubillah

16 June 2008

Masa Itu Emas!! Hargailah ia...

PEPATAH ada mengatakan 'masa itu adalah emas'. Adakah masa itu emas..? Tetapi macam mana pula dengan emas..? Bolehkah emas itu dikatakan masa..??? Kita juga biasa mendengar ungkapan "masa ibarat pedang yang tajam" dan sebagainya. Kenapa masa ini kita ibaratkan sebagai emas dan pedang . Emas sebagai mana yang kita ketahui adalah sejenis logam yang sangat mahal dan berharga. Begitulah juga dengan masa. Bagi yang menghargai masa akan mengetahui betapa masa itu sangat bernilai dalam kehidupan manusia di alam sejagat ini. Begitu juga dengan pedang. Pedang hanyalah benda yang digunakan untuk mencincang, memotong, menebas dan sebagainya. Apa kena mengenanya dengan masa? Masa ini tidak menunggu sesiapa. Siapa yang lambat akan dipotong dan dicincang oleh masa.

Orison Swett memberikan pendapatnya, "Setiap hari masa mengunjungi kita seperti sahabat yang sedia membawa hadiah-hadiah yang berharga. Apabila hadiah itu kita tidak terima, maka ia akan pergi dan tidak akan kembali lagi. Tiap-tiap pagi dia datang dengan membawa hadiah-hadiah baru. Tetapi jika kelmarin dan kelmarin dulu hadiah-hadiah itu tidak kita terima, lama-lama kita tidak dapat menikmati lazatnya hadiah pemberian masa itu, sebab kita tidak pandai menghargainya. Peribahasa mengatakan bahawa kekayaan yang hilang dapat dicari semula jika rajin, kesihatan yang terganggu akan sembuh jika berubat, tetapi masa yang hilang terbuang tidak dapat dicari selama-lamanya.

Bercakap pasal menghargai masa aku ada satu kisah tentang masa..(bukan 1 je boleh kata banyak juga lah..). Minggu lepas (lupa tarikh) aku ke KL untuk menghadiri program ilmiah bersama sahabat2 lain..abis program kami tidak terus balik ke rumah sebab tiket untuk balik ke JB dah 'sold out' (waktu ni hujung minggu dan esoknya cuti sekolah baru je abis) jadi kami terpaksa tunda perjalanan balik pada keesokan harinya (Isnin). Nak dijadikan cerita, sahabat aku mengajak kami stay di rumah kawannya di Wangsa Maju..sampai dalam tengah hari, jadi kami gunakan waktu senggang ni pergi jalan-jalan, kebetulan salah seorang sahabat aku ni bekas student UIA jadi kami rancang ke UIA untuk berjumpa dengan kawan baiknya yang berada di sana. Aku sangat excited untuk pergi ke sana sebab ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke bumi UIA. Sampai di sana kami berjalan-jalan di sekitar UIA dan mengambil gambar kenang-kenangan. Dalam pukul 10 pm kami bercadang untuk berjalan ke KLCC..alang-alang dah ada kat KL apa salahnya cuci mata tengok pemandangan malam kat KLCC, tapi nasib kami malang kerana setibanya di sana taman KLCC dah tutup (dah pukul 11 pm waktu sampai).. hah ini lah padahnya kalau tak rancang masa sebaik-baiknya. Kami hanya bergambar ala kadar je sebab LRT ke Wangsa Maju paling last pukul 11.30 pm..sampai je rumah kawan kami terus tidur (sahabat muslimin tidur rumah kawan diaorang bersebelahan taman yang aku dengan sahabat muslimat tinggal)

Keesokan harinya..tibalah masa untuk kami berangkat ke pudu raya sebab tiket balik JB pukul 11.30 am..sahabat muslimin sms pada kami untuk keluar dari rumah yang kami tumpang bermalam pukul 10.30 am dan berjumpa di stesen LRT Wangsa Maju, maka aku dengan seorang sahabat muslimat bersiap-siap (kemas beg, makan dan lain-lain yang sewaktu dengannya)..nak dijadikan cerita kami terlewat keluar dari rumah (dalam pukul 10.45) dan berjalan ke pondok bas untuk tahan teksi ke stesen LRT Wangsa Maju..malang nasib aku dan sahabat waktu tu teksi tak nampak batang hidung, bak kata pepatah "dah jatuh di timpa tangga". Dipendekkan cerita kami tiba di pudu pukul 11.40, turun ke platform tengok-tengok bas dah takde..waktu tu aku dan sahabat rasa bersalah sangat-sangat pada muslimin sebab pasal kami lewat kena tinggal dengan bas. Aku tak berani nak pandang muka muslimin(sebelum ni tak pernah nampak muka dia segarang dan seserius ni sebab sebelum ni dia sentiasa bermuka manis). Kami terpaksa beli tiket bas lain (tiket asal dah burn) dan naik bas baru pukul 3 petang.

Moral of the story....disebabkan aku dan sahabat tidak menghargai dan merancang masa dengan baik menyebabkan kami kerugian masa (kena tunggu hampir 4jam untuk bas baru), rugi tenaga (penat marathon dari stesen Masjid Jamek ke Pudu dalam keadaan membimbit macam-macam barang) dan juga rugi harta (tiket lama burn..kena beli harga tiket baru RM120 untuk 4 orang).

Masa, semuanya kerana masa. Masa tidak akan menunggu kita. Siapa yang suka membazir dan membuangnya tanpa faedah, masa(emas) akan pergi mencari mereka yang sudi membelanya. Masa akan menjadi begitu sombong dan angkuh pada mereka yang masih lena dibuai mimpi.

Marilah kita bersama-sama menghargai masa. Jadikan masa sahabat sejati kita yang sentiasa membantu kita dan akhirnya masa juga yang akan memberi emas yang banyak kepada kita sebagai balasan kerana menghargainya. Dan jangan lupa pada Allah yang satu kerana Dialah pencipta masa untuk berdamping dengan manusia. Bila kita ingat Allah sepanjang masa, maka Allah akan ingat kepada kita dan memberi kelapangan masa untuk kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Oleh itu, jangan MAIN-MAIN dengan masa.


Firman Allah dalam Surah Al-'Asr











Masa adalah kehidupan. Sesaat yang berlalu tidak boleh diperolehi kembali

walaupun dibayar dengan segunung emas atau dunia dan isinya.

Justeru itu hargailah masa.

Membuang masa atau mempersia-siakannya samalah seperti kita

membuang dan mempersia-siakan kehidupan ini kerana sesungguhnya

masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak menjaganya dengan baik

nescaya ia akan memenggal lehermu sendiri.

05 June 2008

Naik Minyak:Rakyat mesti protes sedarkan kerajaan!

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Rakyat mesti melahirkan suara protes dan menunjukkan bantahan yang besar kepada kerajaan supaya menimbang semula kenaikan bahan bakar yang diumumkan semalam kerana ia secara jelas mencetuskan suasana gawat dan menambahkan lagi beban kos sara hidup penduduk negara ini.

Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli berkata bantahan itu perlu dibuat Imagesegera memandang keputusan kenaikan harga minyak adalah sesuatu yang mengejutkan ramai pihak malah tidak menyangka kerajaan bersikap 'kering hati' dalam membuat keputuasan tanpa mengambil kira kesulitan yang bakal dihadapi rakyat.

Atas keputusan semalam katanya, beliau selaku penyelaras Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak (Protes), akan berbincang bersama jawatankuasa pagi ini untuk mengambil tindakan dan langkah seterusnya bagi menyedarkan dan meminta kerajaan untuk menurunkan semula harga minyak.

"Jika kerajaan boleh buat keputusan melalui kuasanya tanpa mengambil kira nasib rakyat maka rakyat juga boleh menunjukkan kuasa melalui suara protes mereka. Keputusan naik dan turun ini berada di tangan kerajaan maka rakyat mestilah menunjukkan bantahan yang di buat secara menyeluruh di seluruh negara.

"Jika Perdana Menteri merayu supaya rakyat untuk tidak berdemonstrasi maka rakyat juga boleh berdemonstrasi untuk 'merayu' supaya kerajaan menurunkan harga minyak," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Tambahnya, keputusan kerajaan untuk mengikut harga pasaran minyak dunia telah dilaksanakan oleh kebanyakan negara namun bezanya kadar gaji penduduk negara-negara itu melebihi penduduk di Malaysia yang secara tidak langsung tidak membebankan kos hidup.

"Memang kerajaan ikut sistem negara luar yang tidak memberi subsidi seperti Singapura tetapi penduduknya mendapat gaji berlipat kali ganda dan taraf hidup mereka lebih stabil berbanding rakyat kita yang semakin lama semakin teruk keadaannya," katanya

Selain itu kesan kenaikan minyak ini juga turut dirasai oleh golongan berpendapatan rendah dan tidak memiliki kenderaan kerana ianya akan membabitkan kenaikan kos pengangkutan awam dan harga barangan keperluan harian pula.

"Golongan yang miskin dan tidak ada kena mengena dengan kenaikan ini turut terjejas kerana sudah pasti harga barang dan keperluan lain juga turut naik seiring kenaikan bahan bakar ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Beliau turut menganggap bahawa rebet atau pulangan wang melalui cukai jalan yang diberikan kerajaan hanya sebagai 'pemujuk' sementara kepada rakyat dan ianya tidak bersifat keuntungan atau kemudahan jangka panjang.

"Bayar RM150 atau RM625 sekali setahun sahaja tetapi menderita setiap hari, apa gunanya? Ini semua sekadar nak mengaburi mata dan memujuk rakyat semata-mata," katanya.

Semalam Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan harga minyak diesel dinaikkan kepada RM2.58 berbanding M1.58 seliter sebelumnya.

Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel berkuatkuasa tengah malam semalam.

Sejak 2004, harga petrol naik sebanyak 97.1 peratus manakala harga diesel pula naik setinggi 231 peratus. - mks.

Sumber: Harakahdaily.net (5 june 08)

APA KATA SINAR...

Sinar dpt tau prkara ni dri rakan ms tgh sembg dlm tel. pgi tdi Aemy call dia citer kt dpn jln umah dia beratur pnjg kenderaan nk isi minyak sebelum kul 12 mlm tadi coz hari ni dah berkuatkuasa kenaikan hrga minyak...nmpknya ana xsempt nk penuhkn tgki minyk moto ana dgn hrga minyak rm1.92 selitar, pas ni kena fikir betul2 bila nk gna mtor kalo x kering poket dek kerna hrga minyk naik m'dadak..:-(

Terigt kata2 lecturer ku tentg satu analogi..."ada 2org pemilik kebun rambutan, seorg jual rambutannya dgn hrga rm3 sekilo, sorang lagi jual rambutannya rm1 sekilo...pekebun yg hrga rambutn mahal bertnya pada pekebun rambtn murah kenapa dia jual murah...maka pekebun rmbutan murah pun jwb.."ini aku punya kebun , aku yg tanam pokok rambutan ni..jadi suka hati aku lah nak jual murah pun...kalo aku nak bagi free pun boleh sebab ni rambutan aku". Bila pikir2 balik kaitan rambutn dgn minyak aku pelik???knape kerajaan nak naik kn hrga minyk sedangkan kita adalah pengeluar minyk bukannya kita import minyak dri luar..knape mesti nak ikut harga minyk negara luar yg memg negara diaorg xde minyak...

Bila minyk naik semua benda akan naik..coz minyak ni berkait dgn smua benda, hrg brg naik..tiket bas naik dn mcm2 la naik, mana tak nye hntr brg ke kedai guna lori, lori nk jln gna ape?? xkn guna air...mestilah minyk jdi secara xlngsung semua bnda yg ade kaitan dgn minyak akn naik.

Harap KERAJAAN bertimbng rs skit pd mereka yg sush..kerja sendiri bukn mkn gji terutama tuk org2 kmpung cam keluarga aku memg terasa perit kalo brg naik..ke mana perginya hasil pndptn negara tuk ringnkn beban rakyat ..fikir-fikirkan dan renungkan kerana ape yg kita lakukan di dunia akan ditanya di akhirat kelak..

04 June 2008

RASIONAL PINDAAN AUKU.....

Artikel ni ana bc kt Utusan Online (forum) yg di tulis oleh Saudara MUHAMMAD ZUKHAIRI MUHAMMAD SALEHUDDIN – UIAM


REAKSI Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan pemindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan juga caj tiga peratus Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) selepas menghadiri Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan baru-baru ini pasti disambut baik oleh sebilangan besar mahasiswa di negara ini.

Sejak beberapa tahun lalu, kedua-dua perkara ini hangat dibicarakan oleh seluruh mahasiswa. Perdebatan yang tidak henti-henti ini diharapkan akhirnya dapat memberi kesan yang amat baik kepada warga mahasiswa sekalian.

Bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam membina masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama, golongan mudalah yang menjadi harapan dan tumpuan pembentukan minda kelas pertama ini.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa golongan mahasiswa atau golongan muda inilah merupakan aset sesebuah negara yang amat berharga. Jika salah corak yang dilakar, maka buruklah golongan muda yang bakal menjadi pemandu negara satu ketika nanti.

Maka, satu budaya analitikal dan kritikal perlu dibentuk agar golongan ini mampu mencabar minda mereka ke tahap maksimum.

Kebebasan dalam mengutarakan pendapat yang kritis juga perlu diberi agar mahasiswa mempunyai jiwa besar. Segala kekangan yang mampu menghalang dan menakut-nakutkan sebilangan besar mahasiswa perlu dialihkan.

Di samping itu, kegiatan kemasyarakatan perlu dipergiat lagi. Daripada aktiviti seumpama inilah mahasiswa dapat menyelami keadaan masyarakat di luar sana dan mampu menerapkan semangat saling membantu, bertanggungjawab serta toleransi antara satu sama lain.

Keterlibatan bersama badan bukan kerajaan juga mampu membantu menjadi mangkin kepada hasrat murni kerajaan dalam melahirkan masyarakat minda kelas pertama.

Melalui aktiviti seumpama ini, mahasiswa tidak akan hanya terkongkong dan terikat dengan kelas dan kawasan kampus sahaja.

Sebaliknya mahasiswa lebih terbuka dan matang dalam memahami keadaan negara serta menghargai keadaan yang ada.

Menyorot kembali era kemahasiswaan dahulu kala, mahasiswa merupakan mereka yang petah dan lantang berbicara. Pentas pengucapan umum perlu dibuka semula bagi memastikan mahasiswa mampu membina keyakinan diri serta mempelajari disiplin mengutarakan pandangan melalui sumber dan fakta yang konkrit.

KerenahKerenah birokrasi yang wujud dapat dikendurkan agar tidak membantutkan proses perkembangan mahasiswa, aset negara ini.

Jika sistem sedia ada mampu juga melahirkan mahasiswa yang berketerampilan, maka saya percaya dengan sedikit lagi kelonggaran mampu melahirkan mereka yang lebih berketerampilan serta mampu berdaya saing dengan negara-negara lain.

Berkaitan PTPTN, sekiranya dapat dihapuskan caj tiga peratus itu, semestinya ia merupakan berita yang melegakan buat seluruh mahasiswa. Dengan masih adanya isu pengangguran, kos hidup yang semakin tinggi, sudah pasti jika dapat dihapuskan caj ini, ia dapat melegakan sedikit para graduan yang baru menginjak dalam dunia pekerjaan.

Isu riba atau tidak, sudah begitu banyak seminar dan pembentangan kertas kerja dilakukan. Paling tidak, sekiranya perlu dikenakan caj perkhidmatan, biarlah sistemnya betul dan tepat. Hal ini juga dilihat sebagai bertepatan dengan negara kita yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan negara. Pemurniaan demi pemurniaan dalam sistem sedia ada perlu diteruskan demi menjunjung semangat yang diterap ke dalam perlembagaan negara.

Adalah menjadi harapan agar berlakunya perubahan dan pemurniaan dalam kedua-dua perkara ini yang telah menjadi bahan debat sejak dahulu lagi.

Moga-moga usaha melahirkan masyarakat minda kelas pertama dapat direalisasikan dengan sedikit perubahan ini.


KOMEN SINAR....^_^

Salam perjuangan buat sahabat semua..

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) merupakan halangan untuk mahasiswa bersuara bagi melontarkan pendapat dn pandangan mereka berkaitan pelbgai isu sma ada dlm @ luar kmpus. Kita boleh lihat perbndingan antara mahasiswa dulu dgn sekarang ni yg mana mahasiswa di era 1960-an dan juga 70-an..(kalau tak silap ana) bebas untuk bersuara dlm myatakan pendapat dan ketidakpuasan hati mereka terhadap sesuatu perkara..tapi pd era serba canggih ini mahasiswa sekarang lesu dan sudah hilang taringnya...STUDENT POWER sudah tidak power lagi... Kehidupan mereka cuma tertumpu dlm kampus semata2..terutmanya bgi golongan ULAT BUKU..yg hanya study..study..dn study tnpa perasaan untuk bergiat dgn aktiviti b’persatuan.

Memetik kata-kata Prof. Diraja Ungku Aziz berkata “Universiti yang baik adalah Universiti yang menggambarkan dan mencerminkan masyarakat luar”. Sinar ingin semua mahasiswa tanya pada diri adakah universiti kita mencerminkan masyarakat luar??? Kita adalah bakal pemimpin negara kelak..mahasiswa merupakan mereka yg berpengaruh di mana imej kita adalah tinggi di mata masyarakat jadi BANGKITLAH MAHASISWA!!! kerana kitalah bakal pemimpin negara yang akan melahirkan masyarakat minda kelas pertama.

Akhirnya ana mengharapkan kata-kata Timbalan Perdana Menteri kita untuk membuat pindaan beberapa akta dpt dikotakan dn bukan hnya ckp kosong semata-mata..walaupun hati Sinar lebih menginginkan AUKU terus dimansuhkan...

# Maaf isu PTPTN xsempt nak komen cuma harapn Sinar agar caj perkhidmatan dimansuhkan kalo xpun fixed kn harganya...pening ana memikirkan hutng PTPTN ana semkin meningkt, doa2 rexeki ana murah dpt posting cepat2...hehe 2thun lagi laaa..


03 June 2008

Umur meningkat..Usia makin pendek


Salam perjuangan...hari ni buat p'tama kalinya ana mencoretkan nukilan yg x seberapa ni, mngkin hadiah bagi hari lahir sinar pd hari ini..sweet 23' seperti kta kwn2 yg wish, t'ingt pd k.helia yg berkongsi tarikh bezday skali gan ana cma tahun je yg berbeza..selamt hari lahir yg ke 24' k.helia..semoga amal dan keimanan kita terus bertambah seiring dgn pertmbahn umor kita.

Hari ini jugak stu berita gembira ana dpt ketika mlyari internet yg mana berita kelahiran anak sulung kak ana dan akhi anwar yg terbina dari baitul muslim..nmpknya pada 3/6/2009 Fatimah Az-Zahrah akan b'umor 1 thn, sinar 24 thn dan Kak Helia 25 thn..hehe leh smbut bezday sma2.

Pada tarikh ana b'umo 23 thun buat pertma-tama kalinya ana mencoretkn sesuatu di blog..agak janggal kerana sebelum ni hanya pengurus ana semasa PRK iaitu senior ana sendiri Hanisah yg post mcm2..oleh sebab hanis pun dh grad so sinar kenalah wat sendiri w/pun agak kekok coz ana memg xberapa minat dlm bidg penulisan..syukran kepada sahabat ana hajar coz xjemu melayan kerenah ana tuk edit blog ni seharian dlm bilik MPP dn juga kpd Izzati MPPUSM yg bntu ana dlm YM...wahh2 sempt ajar blog waktu tgh online ye zati...ape2 pun arigato..blog enti memg cntik dan blog shbat2 smua menarik, ni yg buatkan ana lagi nak explore coz mcm enti ckp yg blogspot ni bleh jadi medan perkongsian ilmu dn maklumat..

Umor mkin meningkat..usia makin pendek..


Bila mengenangkan umo yg makin meningkat, sinar naik risau..mcm2 persoalan b'main di kepala..cukupkh amal yg aku ada jika esok aku tiada??? apa yang aku dah lakukan untuk agama dn keluarga??? Adakah dosa2 lalu telah terampun dgn solat taubat yg xseberapa ku lakukan??? Tapi orang yang bijak ialah orang yg selalu mengingati mati mati dn bersedia menghadapinya...adakah aku orang yg bijak???

Sahabat2 sinar kata, selagi kita hidup dan b'gelar Islam kita hendaklah mengisi kehidupan kita dgn amar ma'ruf nahi mungkar dn mencri keredhaan Allah..moga dgn pertmbhan usia sinar akan menambahkn lagi keimanan dan ketaqwaan kepadaNya...InsyaAllah






18 March 2008

Maulidur Rasul: Apakah yang diperingati dan apakah yang diperolehi?

InsyaALLAH, kita akan menyambut Mulidur Rasul pada 20hb Mac 2008 bersamaan 12 Rabiul Awal 1429 H dengan tema "Menjana Ummah Gemilang Tanggungjawab Bersama". Mungkin dalam memperingati hari keputeraan Rasulullah s.a.w ini kita boleh bertanya diri kita apakah yang seharusnya kita peringati ketika menyambut peristiwa besar ini? Apakah yang kita perolehi dari sambutan ini saban tahun?

Apakah kita hanya menyambutnya sebagai rutin biasa, iaitu kerana ia disambut setiap tahun maka kita juga haruslah menyambutnya pada tahun ini dengan istiadat perarakan, pembacaan berzanji, ceramah dan sebagainya. Atau lebih daripada itu kita menyambutnya dengan penuh keinsafan dan kesedaran untuk mempelajari sejarah kehidupan dan perjuangan Baginda sebagai asas bagi pembangunan hidup kita sendiri dan generasi yang akan datang. Bagi saya bentuk sambutan adalah merupakan sesuatu yang terserah kepada kebijaksanaan berbagai pihak yang mengaturnya asalkan ia tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran agama. Yang amat penting dalam sambutan ini ialah mendapatkan sesuatu yang akan menjadi bekalan yang baik bagi kehidupan kita sebagai individu dan satu umat yang besar dalam meneruskan aktiviti dan perjuangan hidup yang lebih bermakna pada masa hadapan.

Kita seharusnya bertanya, apakah rahsia dan kunci kejayaan Baginda di dalam menyampaikan agama dan risalah yang diamanahkan Allah s.w.t kepada baginda untuk disampaikan kepada umat manusia keseluruhannya? Kejayaan Baginada yang memberi impak positif terhadap manusia secara individu, masyarakat, negara dan seluruh alam. Terlalu banyak fakta sejarah dan catatan hidup Baginda yang menjelaskan kepada kita tentang kejayaan Baginda di dalam perjuangannya yang amat sukar itu.

Kunci kejayaan Baginda adalah merupakan kunci kejayaan bagi perjuangan setiap individu di mana saja mereka berada dan pada zaman mana sekalipun. Kunci kejayaan Baginda adalah kunci kejayaan yang bersifat sejagat, universal dan menjadi panduan bagi masyarakat Islam dan bukan Islam buat selama-lamanya.

Rahsia dan kunci kejayaan Baginda dapatlah dirumuskan sebagai berikut:
* Keperibadian dan perwatakan Baginda yang sempurna
* Akhlak dan tingkah laku Baginda yang amat terpuji
* Pembicaraan dan perkataan baginda yang selari dengan perbuatannya
* Mempunyai sifat bijaksana atau berhikmah dalam tindakannya.

Kesempurnaan peribadi, akhlak dan tingkah laku serta sifat hikmah Baginda merupakan idealisme keunggulan seorang insan yang tentunya amat jauh bagi manusia biasa seperti kita pada hari ini untuk memilikinya. Bagaimana matlamat idealisme ini seharusnyalah menjadi cita-cita bagi setiap orang manusia, khususnya orang Islam, bagi memilikinya sempena menyambut keputeraan Baginda pada hari ini.

Untuk lebih menjelaskan kedudukan ini, cubalah renungkan ayat al-Quran yang menjelaskan begini: ''Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu''. (Surah al-Ahzab, ayat 21). Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat yang tersebut menjelaskan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w dapat diteladani di dalam aspek-aspek berikut:

* Dalam perkataannya Baginda menjadi ikutan sebagai insan yang berbicara sesuatu dari hati nuraninya yang ikhlas. Baginda tidak berbicara dan berkata sesuatu yang tidak diperlukan, apa lagi yang sia-sia. Baginda berbicara sesuatu yang mempunyai hubungan dengan kepentingan umat dengan bahasa komunikatif yang mudah difahami. baginda sentiasa jujur dan benar, sehingga Baginda memesan bahawa sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah ia bercakap yang baik, atau ia diam sahaja.

* Dalam tindakan dan perbuatannya, Baginda sentiasa menyesuaikan perbuatannya dengan pengucapannya. Ketika Baginda meminta orang lain berbuat baik, maka Bagindalah yang terlebih dahulu melakukannya. Dalam banyak hal Baginda melakukan sesuatu sebelum meminta orang lain melakukannya seperti perbuatan sembahyang iaitu ketika Baginda bersabda ''Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang.'' Pada akhlak dan tingkah lakunya, Baginda adalah seunggul-unggul manusia yang mendapat pengiktirafan dari Allah s.w.t seperti firman-Nya di dalam surah al-Qalam, ayat 4 ''Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) memiliki akhlak yang agung.'' Hikmah Baginda dalam berkomunikasi dan berurusan dengan kawan dan lawan diterangkan oleh Allah s.w.t di dalam surah Ali 'Imran, ayat 159: ''Maka disebabkan rahmat daripada Allah, kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingnya''.

Demikianlah penjelasan tentang keperibadian baginda Nabi kita Muhammad s.a.w yang kelihatan amat mudah tetapi amat sukar untuk kita praktikkan. Perubahan sesuatu ummah bergantung kepada individu-individu yang membentuk ummah tersebut. Demi melihat umat Islam kembali ke mercu kegemilangannya maka kita hendaklah memulakan langkah untuk mengislahkan diri kita di samping berusaha untuk mengislah anggota keluarga dan masyarakat.Suasana kepincangan yang ada pada umat Islam ini , memerlukan kepada pengislahan dan titik mula pengislahan ialah dengan mengislahkan individu-individu yang membentuk umat itu sendiri .Siapa lagi individu-individu tersebut jika bukan kita.

17 February 2008

ILMU YANG BERKAT

Ciri ilmu yang berkat menurut Imam al-Ghazali di dalam kitabnya, Bidayatul Hidayah adalah :

Ilmu akan bertambah hebat akibat rasa takut kepada Allah .
Surah al-Faatir, ayat 28 menyebutkan: “Hanya yang takut kepada Allah , adalah ulama.” Keluasan ilmu Allah melahirkan manusia yang amat gerun kepada kekuasaan Allah .
Dengan ilmunya dia dapat mengetahui apa yang dibenci Allah dan apa yang disukai-Nya. Ini diadun dengan ilmu tentang kehebatan syurga Allah dan seksa neraka yang menjadi formula pembentuk sahsiah ulama pada dirinya.Rasakan getaran hati anda, adakah ia begitu sensitif apabila berhadapan dengan keinginan melakukan dosa dan maksiat kepada Allah ? Jika di hati masih tersisa rasa takut kepada Allah , ilmu anda akan sentiasa bermanfaat untuk diri dan orang lain.

Ilmu membentuk sifat tawaduk.
Jika ilmu semakin tinggi, keagungan dan kebesaran Allah menutup segala ego dan kesombongan yang membayangi diri. Tidak sama sekali menganggap orang lain bodoh dan lemah. Kerana sehebat-hebat manusia tidak akan mampu menghadapi ujian yang diberi oleh Yang Maha Mengetahui melainkan dengan pertolongan-Nya. Dengan bekal segulung ijazah itu bolehkah anda menghadapi hari penghisaban dengan selamat? Pakar motivasi sekalipun tidak akan mampu menanggung musibah yang diuji pada dirinya kecuali dengan pertolongan Allah . Sifat tawaduk seperti bintang yang berkilauan. Ilmu pula ibarat purnama. Kedua-duanya amat cantik jika dikembarkan menjadi hiasan peribadi.

Ibadat bertambah nikmat kerana asas ilmu yang kukuh.
Sesungguhnya amal yang diterima memiliki dua syarat iaitu ikhlas dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sabda Baginda ketika melihat seorang lelaki yang kurang betul sembahyangnya: “Sembahyanglah kamu seperti aku sembahyang.” Kerana itu, apa saja ibadat yang dilakukan wajib bersumber daripada sunnah Rasulullah SAW. Cubalah mengerjakan ibadat dengan cara khusyuk seperti Rasulullah SAW khusyuk, berjuang seperti Baginda berjuang, berilmu seperti Baginda berilmu. Ilmu yang menggerakkan amal dan perjuangan untuk Islam.

Ilmu di dada membentuk peribadi khalifah.
Islam mengajarkan konsep kepemimpinan yang berteraskan sifat amanah dan bertanggungjawab. Kalau ilmu anda berkat dan bermanfaat, tentunya kedua-dua sifat ini amat menonjol pada diri anda, tidak kira di rumah, pejabat atau dalam lingkungan masyarakat iaitu anda berdiri sebagai individu yang bermaruah. Seorang guru agama yang mempunyai jiwa khalifah akan mencorakkan umat dengan ilmu dakwahnya. Manakala, seorang guru sentiasa sedia membantu muridnya tidak kira Muslim atau bukan Muslim kerana dorongan amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: “Kamu semua adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawabannya atas apa yang dipimpinnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Anda adalah ketua bagi diri anda sendiri, isteri, anak, tempat di mana anda bekerja dan di dalam masyarakat.

Bijak menyembuh penyakit dalam beramal.
Ilmu dan amal memang tidak boleh dipisahkan. Orang yang berilmu tidak akan berpuas hati dengan pencapaiannya. Dia akan sentiasa menimbang, meneliti, mencari-cari akan ketidaksempurnaan diri dan perbuatannya. Penyakit orang berilmu adalah ujub manakala penyakit orang beramal biasanya riak. Imam al-Nawawi memberi garis panduan bagi kedua-duanya. Beliau berkata: “Beramal kerana manusia adalah riak dan meninggalkan amal kerana manusia adalah ujub, ikhlas adalah engkau terlepas daripada kedua-duanya.”

Cerdik mengenal dan mematahkan tipu helah syaitan.
Ilmu yang berkat adalah senjata yang paling digeruni oleh syaitan. Umar bin al-Khattab pernah melewati satu lorong kemudian beliau berjumpa Rasulullah SAW, Baginda pun bersabda: “Sesungguhnya syaitan lari daripada laluan Umar, kerana takut kepadanya.”
Seorang yang berilmu bijak membentengi dirinya daripada hasutan syaitan dan hawa nafsunya. Ia bagaikan memiliki indera keenam yang mampu mengesan setiap gerakan zahir dan batinnya.


Benarkah apa yang dilakukan atau salahkah jalan yang dilalui? Semuanya disebabkan ilmunya yang berkat dan bermanfaat. Ingatlah sabda Rasulullah SAW: “Manusia yang mendapat azab paling keras pada hari kiamat ialah orang yang tidak mendapat manfaat dari ilmunya.” (Hadis riwayat Imam al-Tabrani dan al-Baihaqi)